Kelakuan, kebolehan dan
keupayaan membaca, dan minat golongan muda membaca berbeza-beza mengikut
peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang
berbeza. Oleh itu, persembahan dan
penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan. Oleh itu
terdapat beberapa komponen penting yang perlu diambil kira dalam proses
pemilihan bahan bacaan.
1.
Sesuai
mengikut peringkat umur
Pemilihan bahan bacaan mestilah sesuai dengan
peringkat umur pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang sesuai penting kerana
setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh
pelajar. Terdapat
dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan bukan fiksyen.
2. Fizikal
Fizikal yang
dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar.
Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen,
saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. Bagi kanak-kanak keadaan bahan
bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat
menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.
3.
Isi
kandungan
Bahan bacaan yang baik ialah
mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Pelajar harus mengenal
jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen. Selain
itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca.
Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang
kritis para pembaca
4.
Bahasa
yang sesuai
Pemilihan bahan bacaan yang sesuai
dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Contohnya dalam penggunaan kosa
kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran
pembaca.
entri yg sgt menarik n berguna utk djadikan bhn rjukan brsma..truskn usaha kalian.. :)
ReplyDelete