Pages

 

Saturday 11 May 2013

DEFINISI MEMBACA



Membaca adalah sebuah keharusan bila kita ingin menguasai dunia. Dengan membaca, pandangan kita menjadi lebih terbuka terhadap hal-hal baru yang tidak kita ketahui sebelumnya. Secara umum, membaca adalah satu proses yang dilakukan oleh pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya dengan menggunakan kandungan teks dan pengetahuan latar pembaca tersebut. Terdapat beberapa definisi membaca mengikut tokoh barat dan tokoh bahasa tempatan. 

  1. Mengikut pendapat tokoh bahasa Marohaini Yusoff (1989) mendefinisikan proses membaca sebagai perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Mengikut Solâh (1981) dan Abdul Aziz (1993) kefahaman dalam bidang bahasa dikaitkan dengan dua kemahiran berbahasa sahaja iaitu mendengar dan membaca. Ini adalah berdasarkan kepada kepekaan pendengar dan pembaca iaitu ketika melakukan aktiviti mendengar dan membaca, masing-masing menggunakan deria pendengaran dan deria penglihatan untuk memahami apa yang didengar dan apa yang dibaca. 
  2. Menurut Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang. (kenedy(1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu,berasaskan memahami dan mentafsirkan maksud bahasa daripada bentuk tulisannya.



No comments:

Post a Comment