Pages

 

Tuesday 21 May 2013

KAEDAH PEMBACAAN




Membaca nyaring
Membaca nyaring adalah suatu kegiatan yang merupakan alat bagi guru, murid, atau pembaca untuk menangkap serta memahami informasi dan pemikiran dan perasaan seseorang. Pembaca yang membaca nyaring perlu mengerti makna serta perasaan yang terkandung dalam bahan bacaan. Pembaca juga harus mempelajari keterampilan penafsiran atas lambang tertulis sehingga penyusunan kata-kata serta penekanan sesuai dengan ujaran pembicaraan. Membaca nyaring merupakan suatu keterampilan serba rumit dan kompleks. Membaca nyaring lebih ditujukan kepada ucapan daripada kefahaman. Bahan untuk membaca nyaring haruslah yang megandungi isi dan bahasa yang relatif dan mudah difahami.

Membaca dalam hati
Membaca dalam hati memerlukan kita menggunakan ingatan visual atau visual memory yang banyak melibatkan pancaindera dan ingatan. Tujuan membaca dalam hati atau silence reading adalah untuk memperolehi maklumat. Kebiasaannya pelajar sekolah membaca dalam hati dan jarang sekali mereka membaca bersuara atau membaca nyaring. Keterampilan membaca dalam hati merupakan kunci bagi semua ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana seseorang dapat membentuk konsep-konsep serta sikap peribadi dengan memperluaskan pemikirannya. Membaca dalam hati dapat dibagikan kepada dua iaitu membaca ekstensif dan intensif.
Membaca ekstensif bereti membaca dengan meluas yang meliputi sebanyak mungkin teks yang akan dibaca. Dalam mebaca secara ekstensif pula mengandungi tiga kaedah membaca iaitu membaca survey, membaca sekilas dan membaca dangkal. Membaca survey ini memerlukan penelitian yang teliti terlebih dahulu sebelum kita memulakan pembacaan. Membaca sekilas pula merupakan pembacaan yang membuatkan mata kita bergerak dengan cepat untuk melihat, memperhatikan bahan yang bertulis untuk mendapatkan maklumat. Manakala, membaca dangkal pula bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran dari bahan bacaan. Membaca dalam hati dari aspek membaca intensif pula merupakan belajar bersama-sama dan telaah teliti secara terperinci.

Membaca telaah isi
Menelaah isi sesuatu bahan bacaan memerlukan ketelitian, pemahaman, berfikir secara kritis serta keterampilan dalam menangkap idea-idea yang tersirat dalam bahan bacaan. Membaca telaah isi dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis iaitu membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis, dan membaca idea. Jenis membaca teliti ini memerlukan kita membuat pemutaran atau pembalikan pendidikan yang menyeluruh. Membaca teliti memerlukan kita membuat catatan mengenai bacaan, menandai buku yang telah dibaca, seterusnya menelaah tugas dengan membuat penelitian, Tanya, baca dan recite (ceriterakan kembali dengan kata-kata sendiri). Membaca pemahaman pula dimaksudkan membaca untuk tujuan memahami. Membaca kritis adalah sejenis bacaan yang dilakukan secara bijak, menggunakan hati, mendalami, evaluative serta analisis bukan sahaja untuk mencari kesalahan. Membaca idea pula bermaksud sejenis kegiatan membaca yang ingin memncari, memperolehi, serta memanfaatkan idea-idea yang terdapat dalam bahan bacaan.

Membaca telaah bahasa
Bacaan yang terdiri daripada isi dan bahasa, di mana, isi dianggap bersifat rohaniah, sedangkan bahasa pula bersifat jasmaniah. Membaca telaah bahasa merangkumi membaca bahasa asing atau foreign language reading dan membaca sastera (literary reading). Tujuan utama membaca telaah bahasa ini ialah untuk memperbesarkan daya kata dan mengembangkan kosa kata. Dalam memperbesarkan daya kata, kita perlu meneliti tentang ragam bahasa, mempelajari makna kata dari konteks, penggunaan kamus, kata yang sinonim dan atonim serta konotasi dan denotasi. Mengembangkan kosa kata pula memerlukan kita memahami tentang bahasa kritis sastera, memetik makna dari konteks dan petunjuk-petunjuk konteks.

No comments:

Post a Comment