Pages

 

Tuesday 21 May 2013





Membaca dan kurikulum
a)      Membaca Dalam Kurikulum
Membaca adalah suatu hal yang amat penting dalam kehidupan sama ada dalam keluarga, sekolah dan masyarakat. Namun demikian, membaca merupakan tanggungjawab kurikulum yang sangat penting di sekolah walaupun terdapat sesetengah sekolah menganggap pengajaran membaca merupakan tugas yang kedua.  Gray dan Rogers telah menemukan salah satu karakteristik paling penting dari pembaca dewasa yakni pembaca itu memiliki perhatian yang menjadi dasar terhadap bacaan yang muncul sebagai dorongan dari dalam. Selain itu, membaca menjadi sesuatu yang aktif,selektif dan juga kreatif yang mencakupi semua hal yang melibatkan individu yang dewasa.
Terdapat pelbagai kemampuan membaca yang dituntut oleh kehidupan moden  yang memerlukan usaha yang kooperatif daripada para guru dalam semua bidang pengajaran. Oleh itu, untuk memikul tugas yang berat ini haruslah ada kerjasama antara para guru dalam semua bidang kurikulum.

b)      Perbezaan Perkembangan  Membaca Dan Kurikulum
Dalam aspek ini, guru haruslah menentukan tahap kematangan dan keahlian membaca ahli muridnya. Hal ini demikian kerana, tahap kematangan dan keahlian ini penting bagi memudahkan para guru menentukan jenis bahan bacaan yang akan digunakan dalam kurikulum.  Membaca boleh dikembangkan dalam berbagai bidang kurikulum harus nampak dalam perspektif perkembangan intelektual, sosial dan emosi murid-murid. Jika seorang murid hanya cenderung kepada pengajaran dan pembelajaran sains, guru haruslah bijak merangsang dan menarik minat murid tersebut terhadap mata pelajaran lain seperti sejarah dan geografi. Oleh itu, membaca harus dikembangkan dan tidak hanya menganggap sebagai proses pembinaan kurikulum sahaja, tetapi juga dapat membangun kepribadian melalui membaca.

c)      Membaca Dan Aneka Kurikulum
Membaca bukanlah keterampilan yang boleh digenerasikan. Penemuan-penemuan kajian menguatkan bahawa bimbingan membaca dalam sesuatu bidang kurikulum memberi hasil yang baik daripada keterampilan membaca. Bimbingan terhadap pembaca harus ada dalam setiap program kurikulum walaupun terdapat sebahagian guru menganggap tidak penting disebabkan adanya tanggapan bahawa bimbingan membaca telah dilakukan oleh matapelajaran khusus dasar membaca, seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan lain-lain. Bimbingan membaca perlu disebabkan kerana membaca bukanlah keterampilan yang boleh dipindahkan begitu sahaja, namun tidak hanya diterapkan terhadap subjek khusus tetapi membaca adalah kemampuan menginteprestasi dalam banyak perkara berdasarkan pengalaman.


No comments:

Post a Comment