Pages

 

Wednesday 22 May 2013

PeRaNaN GuRu MeNgaJaR MeMbAcA


Apa yang harus dilakukan sebagai seorang guru?
Sebagai seorang guru, perkara pertama yang perlu disedari oleh mereka adalah dalam mengajarkan membaca di sekolah-sekolah adalah tujuan pengajaran membaca, iaitu memastikan para pelajar memiliki keterampilan membaca serta memiliki sikap budaya membaca. Bagi mencapai tujuan tersebut, para guru hendaklah mempelbagaikan strategi, kaedah serta teknik pengajaran membaca yang sekarang sudah banyak dikemukakan.
            Oleh hal yang demikian, ada baiknya sekiranya para guru membaca banyak buku tentang pengajaran membaca yang sudah banyak diterbitkan dan dipasarkan. Selain itu, para guru hendaklah memandang tinggi kurikulum di sekolah. Sukatan pelajaran dalam buku teks juga perlu dititikberatkan.
Kriteria memilih wacana sebagai bahan pengajaran membaca
Sebuah wacana atau teks harus memenuhi beberapa kriteria tertentu untuk dijadikan bahan pengajaran membaca. Wacana perlulah kukuh sebagai sebuah karangan dan sesuai dengan sukatan pelajaran dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas. Bagi memilih wacana-wacana yang akan diajarkan sebagai bahan membaca, ada baiknya sekiranya guru tidak hanya terbatas kepada buku teks sahaja tetapi guru juga boleh memilih bahan dari buku-buku lain ataupun daripada media massa. Sebagai contoh artikel dakam surat khabar, tajuk rencana, teks pidato atau tulisan-tulisan jenis esei.

No comments:

Post a Comment