Pages

 

Wednesday, 22 May 2013

PeRaNaN GuRu MeNgaJaR MeMbAcA


Apa yang harus dilakukan sebagai seorang guru?
Sebagai seorang guru, perkara pertama yang perlu disedari oleh mereka adalah dalam mengajarkan membaca di sekolah-sekolah adalah tujuan pengajaran membaca, iaitu memastikan para pelajar memiliki keterampilan membaca serta memiliki sikap budaya membaca. Bagi mencapai tujuan tersebut, para guru hendaklah mempelbagaikan strategi, kaedah serta teknik pengajaran membaca yang sekarang sudah banyak dikemukakan.
            Oleh hal yang demikian, ada baiknya sekiranya para guru membaca banyak buku tentang pengajaran membaca yang sudah banyak diterbitkan dan dipasarkan. Selain itu, para guru hendaklah memandang tinggi kurikulum di sekolah. Sukatan pelajaran dalam buku teks juga perlu dititikberatkan.
Kriteria memilih wacana sebagai bahan pengajaran membaca
Sebuah wacana atau teks harus memenuhi beberapa kriteria tertentu untuk dijadikan bahan pengajaran membaca. Wacana perlulah kukuh sebagai sebuah karangan dan sesuai dengan sukatan pelajaran dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran di dalam kelas. Bagi memilih wacana-wacana yang akan diajarkan sebagai bahan membaca, ada baiknya sekiranya guru tidak hanya terbatas kepada buku teks sahaja tetapi guru juga boleh memilih bahan dari buku-buku lain ataupun daripada media massa. Sebagai contoh artikel dakam surat khabar, tajuk rencana, teks pidato atau tulisan-tulisan jenis esei.

Tuesday, 21 May 2013

SEKAPUR SIREH



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu pada kesempatan ini kami bagi pelajar BMK3033 Keterampilan Membaca ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr Rashid Md Deris atas segala tunjuk ajar dan nasihat sepanjang berlangsungnya kursus ini dan sekalung penghargan juga diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi melayari blog kami ini.

Semoga blog ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutamanya demi bersama-sama mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan kemahiran pembacaan semua pihak dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Di samping itu, kami juga berharap semoga para pengunjung dapat memanfaatkan apa yang ingin kami kongsikan dalam blog ini di samping mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam kemahiran membaca. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan blog ini.

InsyaAllah, mudah-mudahan blog ini dapat membangtu kita semua meningkatkan kemahiran membaca kita.

Wassalam.




Membaca dan kurikulum
a)      Membaca Dalam Kurikulum
Membaca adalah suatu hal yang amat penting dalam kehidupan sama ada dalam keluarga, sekolah dan masyarakat. Namun demikian, membaca merupakan tanggungjawab kurikulum yang sangat penting di sekolah walaupun terdapat sesetengah sekolah menganggap pengajaran membaca merupakan tugas yang kedua.  Gray dan Rogers telah menemukan salah satu karakteristik paling penting dari pembaca dewasa yakni pembaca itu memiliki perhatian yang menjadi dasar terhadap bacaan yang muncul sebagai dorongan dari dalam. Selain itu, membaca menjadi sesuatu yang aktif,selektif dan juga kreatif yang mencakupi semua hal yang melibatkan individu yang dewasa.
Terdapat pelbagai kemampuan membaca yang dituntut oleh kehidupan moden  yang memerlukan usaha yang kooperatif daripada para guru dalam semua bidang pengajaran. Oleh itu, untuk memikul tugas yang berat ini haruslah ada kerjasama antara para guru dalam semua bidang kurikulum.

b)      Perbezaan Perkembangan  Membaca Dan Kurikulum
Dalam aspek ini, guru haruslah menentukan tahap kematangan dan keahlian membaca ahli muridnya. Hal ini demikian kerana, tahap kematangan dan keahlian ini penting bagi memudahkan para guru menentukan jenis bahan bacaan yang akan digunakan dalam kurikulum.  Membaca boleh dikembangkan dalam berbagai bidang kurikulum harus nampak dalam perspektif perkembangan intelektual, sosial dan emosi murid-murid. Jika seorang murid hanya cenderung kepada pengajaran dan pembelajaran sains, guru haruslah bijak merangsang dan menarik minat murid tersebut terhadap mata pelajaran lain seperti sejarah dan geografi. Oleh itu, membaca harus dikembangkan dan tidak hanya menganggap sebagai proses pembinaan kurikulum sahaja, tetapi juga dapat membangun kepribadian melalui membaca.

c)      Membaca Dan Aneka Kurikulum
Membaca bukanlah keterampilan yang boleh digenerasikan. Penemuan-penemuan kajian menguatkan bahawa bimbingan membaca dalam sesuatu bidang kurikulum memberi hasil yang baik daripada keterampilan membaca. Bimbingan terhadap pembaca harus ada dalam setiap program kurikulum walaupun terdapat sebahagian guru menganggap tidak penting disebabkan adanya tanggapan bahawa bimbingan membaca telah dilakukan oleh matapelajaran khusus dasar membaca, seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan lain-lain. Bimbingan membaca perlu disebabkan kerana membaca bukanlah keterampilan yang boleh dipindahkan begitu sahaja, namun tidak hanya diterapkan terhadap subjek khusus tetapi membaca adalah kemampuan menginteprestasi dalam banyak perkara berdasarkan pengalaman.


KAEDAH PEMBACAAN




Membaca nyaring
Membaca nyaring adalah suatu kegiatan yang merupakan alat bagi guru, murid, atau pembaca untuk menangkap serta memahami informasi dan pemikiran dan perasaan seseorang. Pembaca yang membaca nyaring perlu mengerti makna serta perasaan yang terkandung dalam bahan bacaan. Pembaca juga harus mempelajari keterampilan penafsiran atas lambang tertulis sehingga penyusunan kata-kata serta penekanan sesuai dengan ujaran pembicaraan. Membaca nyaring merupakan suatu keterampilan serba rumit dan kompleks. Membaca nyaring lebih ditujukan kepada ucapan daripada kefahaman. Bahan untuk membaca nyaring haruslah yang megandungi isi dan bahasa yang relatif dan mudah difahami.

Membaca dalam hati
Membaca dalam hati memerlukan kita menggunakan ingatan visual atau visual memory yang banyak melibatkan pancaindera dan ingatan. Tujuan membaca dalam hati atau silence reading adalah untuk memperolehi maklumat. Kebiasaannya pelajar sekolah membaca dalam hati dan jarang sekali mereka membaca bersuara atau membaca nyaring. Keterampilan membaca dalam hati merupakan kunci bagi semua ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana seseorang dapat membentuk konsep-konsep serta sikap peribadi dengan memperluaskan pemikirannya. Membaca dalam hati dapat dibagikan kepada dua iaitu membaca ekstensif dan intensif.
Membaca ekstensif bereti membaca dengan meluas yang meliputi sebanyak mungkin teks yang akan dibaca. Dalam mebaca secara ekstensif pula mengandungi tiga kaedah membaca iaitu membaca survey, membaca sekilas dan membaca dangkal. Membaca survey ini memerlukan penelitian yang teliti terlebih dahulu sebelum kita memulakan pembacaan. Membaca sekilas pula merupakan pembacaan yang membuatkan mata kita bergerak dengan cepat untuk melihat, memperhatikan bahan yang bertulis untuk mendapatkan maklumat. Manakala, membaca dangkal pula bertujuan untuk memperoleh pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran dari bahan bacaan. Membaca dalam hati dari aspek membaca intensif pula merupakan belajar bersama-sama dan telaah teliti secara terperinci.

Membaca telaah isi
Menelaah isi sesuatu bahan bacaan memerlukan ketelitian, pemahaman, berfikir secara kritis serta keterampilan dalam menangkap idea-idea yang tersirat dalam bahan bacaan. Membaca telaah isi dapat dikelompokkan kepada beberapa jenis iaitu membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis, dan membaca idea. Jenis membaca teliti ini memerlukan kita membuat pemutaran atau pembalikan pendidikan yang menyeluruh. Membaca teliti memerlukan kita membuat catatan mengenai bacaan, menandai buku yang telah dibaca, seterusnya menelaah tugas dengan membuat penelitian, Tanya, baca dan recite (ceriterakan kembali dengan kata-kata sendiri). Membaca pemahaman pula dimaksudkan membaca untuk tujuan memahami. Membaca kritis adalah sejenis bacaan yang dilakukan secara bijak, menggunakan hati, mendalami, evaluative serta analisis bukan sahaja untuk mencari kesalahan. Membaca idea pula bermaksud sejenis kegiatan membaca yang ingin memncari, memperolehi, serta memanfaatkan idea-idea yang terdapat dalam bahan bacaan.

Membaca telaah bahasa
Bacaan yang terdiri daripada isi dan bahasa, di mana, isi dianggap bersifat rohaniah, sedangkan bahasa pula bersifat jasmaniah. Membaca telaah bahasa merangkumi membaca bahasa asing atau foreign language reading dan membaca sastera (literary reading). Tujuan utama membaca telaah bahasa ini ialah untuk memperbesarkan daya kata dan mengembangkan kosa kata. Dalam memperbesarkan daya kata, kita perlu meneliti tentang ragam bahasa, mempelajari makna kata dari konteks, penggunaan kamus, kata yang sinonim dan atonim serta konotasi dan denotasi. Mengembangkan kosa kata pula memerlukan kita memahami tentang bahasa kritis sastera, memetik makna dari konteks dan petunjuk-petunjuk konteks.

Saturday, 11 May 2013

PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA



1.Pendekatan seni berbahasa
Mengganggap membaca sebahagian daripada proses komunikasi. Pendekatan ini saling berhubung antara bidang kemahiran untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa komunikasi itu adalah proses yang menyeluruh iaitu bertutur, mendengar, menggunakan simbol penulisan dan membaca simbol.

2.Pendekatan Forensik dan keahlian dasar
Pendekatan ini menggunakan pengajaran phonemic awarenese (membahagi dan mengolah suara dalam kata) dan phonies (mempelajari bahawa suaru diwakili oleh huruf yang dapat dipadukan untuk membentuk kata). Bahan bacaan awal haruslah sederhana (Meyer,2002). Selepas mereka mula mempelajari dan memahami aturan fonologi barulah mereka dapat diberi dengan bahan bacaan yang lebih kompleks seperti buku dan puisi.

3.Pendekatan bahasa keseluruhan
Pendekatan ini mengandaikan bahawa arahan membaca seharusnya selari dengan pembelajaran bahasa alamiah kanak-kanak. Sejak awal, bahan bacaan seharusnya menyuruh dan bermakna. pengajaran membaca awal, kanak-kanak harus diberi bahan dalam bentuk yang komplek seperti cerita dan puisi. Dalam pendekatan ini, membaca harus dihubungkan dengan keahlian menulis dan mendengarkan. Pendekatan ini, membaca sering kali diintegrasikan dengan keterampilan dan mata pelajaran lain, seperti sains dan belajar membaca bahan yang relevan dengan dunia realiti seperti surat khabar dan buku, dan menyruh mereka untuk menulis dan membincangkannya. 
  
4. Pendekatan melalui aktiviti syarahan
 Pendekatan jenis ini mampu membentuk sikap suka membaca.
  • bertapak pada pengetahuan yang luas dan mendalam
  • bacaan tidak terhad kepada buku teks sahaja
  • guru menggalakkan pelajar membentuk sikap suka membaca dan suka merujuk


















PEMILIHAN BAHAN BACAAN



Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca, dan minat golongan muda membaca berbeza-beza mengikut peringkat umur. Setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza.  Oleh itu, persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sesebuah bahan bacaan. Oleh itu terdapat beberapa komponen penting yang perlu diambil kira dalam proses pemilihan bahan bacaan.

1.      Sesuai mengikut peringkat umur
Pemilihan bahan bacaan mestilah sesuai dengan peringkat umur pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang sesuai penting kerana setiap perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh pelajar. Terdapat dua jenis bahan bacaan iaitu fiksyen dan bukan fiksyen.

2.      Fizikal
Fizikal yang dimaksudkan ialah fizikal bahan bacaan tersebut haruslah menarik minat pelajar. Fizikal bahan bacaan ini merangkumi reka bentuk termasuk saiz dan komponen, saiz font, dan keterampilan bahan tersebut. Bagi kanak-kanak keadaan bahan bacaan haruslah sesuai dengan umur dan keadaan kanak-kanak tersebut agar dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca.

3.      Isi kandungan
Bahan bacaan yang baik ialah mempunyai isi kandungan yang bertepatan dengan tajuk. Pelajar harus mengenal jenis bahan bacaan yang dibaca sama ada berbentuk fiksyen atau bukan fiksyen. Selain itu, mempunyai kandungan yang dapat memberi mesej dan pengajaran kepada pembaca. Pemilihan bahan bacaan yang tepat dapat meransang kesedaran dan pemikiran yang kritis para pembaca

4.      Bahasa yang sesuai
Pemilihan bahan bacaan yang sesuai dapat membantu pelajar meningkatkan literasi. Contohnya dalam penggunaan kosa kata, rangkai kata, tatabahasa dan frasa yang sesuai dengan tahap pemikiran pembaca.