Pages

 

Saturday 11 May 2013

TEORI MEMBACA



  

Model teori membaca lahir daripada perspekif bagaimana makna diangkat daripada bahan bacaan. Inti proses membaca adalah apabila seseorang berusaha memahami isi mesej penulis yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut. Terdapat tiga pandangan tentang bagaimana makna diperoleh yang melahirkan tiga model teori membaca. Antaranya:
1. Model Teori Bottom-Up
Bahasa yang mewadahi teks menentukan pemahaman seseorang. Secara fizikal, ketika seseorang melakukan kegiatan membaca, yang dipandangnya adalah halaman-halaman bacaan yang kedudukannya di bawah (kecuali membaca sambil tidur). Secara amnya, bottom-up bererti dari bawah ke atas. Maksudnya, makna itu berasal dari bawah (teks) menuju ke atas (otak / kepala).
Inti proses membaca menurut teori ini adalah proses pengekodan kembali simbol tuturan tertulis (Harris & Sipay, 1980). Membaca dalam proses bottom-up merupakan proses yang melibatkan ketepatan, butiran, dan rangkaian persepsi dan pengenalan huruf-huruf, kata-kata, pola ejaan, dan unit bahasa lain.Tugas utama pembaca menurut teori ini adalah mengekod lambang-lambang yang tertulis menjadi bunyi-bunyi bahasa (Harjasuna, 1996)
Brown (2001) menyatakan bahawa pada proses bottom-up membaca terlebih dahulu mengetahui pelbagai tanda linguistik, seperti huruf, morfem, suku kata, kata-kata frasa, manual gramatik dan tanda wacana, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang boleh masuk akal, koheren dan bermakna. Untuk memahami bacaan pada teori ini, pembaca memerlukan kemahiran yang berkaitan dengan lambang bahasa yang digunakan dalam teks.
2. Model Teori Top-Down
Teori ini dikenali sebagai model psikolinguistik dalam membaca dan teori ini diperkenalkan oleh Goodman (1976). Model ini memperlihatkan kegiatan membaca sebagai sebahagian daripada proses pembangunan pembacaan seseorang yakni pembaca secara stimultan (terus-menerus) menguji dan menerima atau menolak hipotesis yang dibuat sendiri pada ketika proses membaca berlangsung.
Pada model ini, maklumat grafik hanya digunakan untuk menyokong hipotesis tentang makna. Pembaca tidak lagi memerlukan banyak maklumat grafik dari bacaan kerana mereka telah mempunyai modal bacaan sendiri untuk memahami bacaan.Proses membaca model ini bermula dengan hipotesis dan ramalan-ramalan kemudian mengesahkannya dengan menggunakan stimulus yang berupa tulisan yang ada pada teks.
Inti dari model teori Top-down adalah pembaca memulakan proses pemahaman teks dari bacaan yang lebih tinggi. Pembaca memulakan tahap membacanya dengan membaca ramalan-ramalan, hipotesis-hipotesis, dugaan-dugaan berkenaan dengan apa yang mungkin ada dalam bacaan, bermodalkan pengetahuan tentang isi dan bahasa yang dimilikinya,
Untuk membantu pemahaman dengan menggunakan teori ini, pembaca menggunakan strategi berdasarkan kepada penggunaan semantik dan sintaksis. Bagi mendapatkan makna bacaan, pembaca boleh menggunakan petunjuk tambahan yang berupa kecekapan berbahasa yang dimiliki. Jadi, kecekapan berbahasa dan pengetahuan tentang apa saja memainkan peranan penting dalam membentuk makna bacaan. Jadi, menurut teori Top-down dapat disimpulkan bahawa pengetahuan, pengalaman dan kecerdasan pembaca diperlukan sebagai dasar dalam memahami bacaan.
3. Model Teori Interaktif
Model ini merupakan kombinasi antara pemahaman model Top-Down dan model Bottom-Up. Pada model interaktif, pembaca menerima pakai pendekatan top-down untuk meramalkan makna, kemudian beralih ke pendekatan bottom-up untuk menguji apakah hal itu benar-benar diperkatakan oleh penulis. Teori ini memperlihatkan bahawa aktiviti membaca merupakan suatu interaksi antara pembaca dengan teks. Dengan teori ini, dijelaskan bagaimana seorang pembaca menguasai, menyimpan dan mempergunakan pengetahuan dalam format skemata. Kegiatan membaca adalah proses membuat hubungan yang berguna bagi maklumat baru dengan pengetahuan yang dimiliki sebelumnya (skemata).
Menurut pandangan interaktif, membaca bermula dengan penggubalan tentang hipotesis tentang makna, kemudian dilanjutkan dengan menghuraikan makna huruf, kata, dan kalimat dalam bacaan. Model interaktif adalah model membaca yang menggunakan secara serentak antara pengetahuan maklumat grafik dan maklumat yang ada dalam fikiran pembaca.
Proses membaca menurut pandangan interaktif adalah proses intelektual yang kompleks, termasuk dua kemampuan utama, iaitu kemampuan memahami makna kata dan kemampuan berfikir tentang konsep verbal (Rubin, 1982). Pendapat ini mengisyaratkan bahawa ketika proses membaca berlangsung, terjadi kepekatan dua arah pada fikiran pembaca dalam waktu yang bersamaan. Dalam melakukan aktiviti membaca, pembaca secara aktif bertindak balas dan mendedahkan bunyi tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis. Selain itu, pembaca dituntut untuk dapat mengungkapkan makna yang terkandung di dalamnya atau makna yang ingin disampaikan oleh penulis melalui teks yang dibacanya.

Selain itu, terdapat beberapa teori membaca yang dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat membantu pembaca memahami proses membaca. Teori-teori ini dapat menggambarkan proses membaca sama ada pada peringkat rendah mahupun pada tahap yang lebih tinggi. Wakzyk (2000), menghuraikan proses membaca secara automatik dan kawalan seperti:

 i)          TEORI MEMINDAHKAN MAKLUMAT
Teori yang berasaskan pandangan La Berge dan Samuel (1985) dan Gough (1985) ini dipengaruhi oleh psikologi kognitif dan bertanggungjawab secara meluas menyatakan aktiviti membaca adalah proses memindahkan maklumat. Mereka mengandaikan membaca sebagai proses mengenali huruf demi huruf dan perkataan demi perkataan. Mereka juga percaya pembaca berinteraksi dengan teks dengan tujuan mendapatkan makna daripada muka surat yang dibaca kepada pemikirannya. Bagi melakukannya, pembaca memerlukan kemahiran khusus yang membolehkan mereka melakukan proses pemindahan tersebut.
Teori ini berpendapat, aktiviti membaca bertujuan untuk membentuk peningkatan kebolehan pembaca memindahkan maklumat daripada teks. Pembaca yang baik, efisien ketika memindahkan maklumat, manakala pembaca yang lemah tidak dapat melakukannya. Kemahiran ini dibina dengan memberikan pelajar petikan yang ringkas dan diikuti dengan beberapa soalan khusus yang menumpukan kepada beberapa kemahiran membaca.

ii)         TEORI MEMBACA SECARA AUTOMATIK
La Berger dan Samuel (1974) menganjurkan teori membaca secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik. Teori ini menganggap wujudnya perbezaan antara proses bersifat automatik dan proses kawalan ketika membaca. Sub komponen dalam kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi membantu menguasai kemahiran asas membaca. Pembaca yang mempunyai lebih kemahiran membaca secara automatik berupaya mengawal teks serta mempunyai lebih sumber dan lebih faham. Oleh itu, ketika membaca teks, pembaca perlu menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca memahami teks dengan lebih berkesan.

iii)        TEORI KECEKAPAN VERBAL
Perfetti (1985, 1988) memperkenalkan teori yang penting dalam kemahiran membaca iaitu teori kecekapan verbal yang menekankan kemahiran membaca dengan meluaskannya melangkaui proses mentafsirkan kod. Selain daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek lain yang berkaitan dengannya adalah resolusi anafora, membuat kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan strategi meta kognitif yang digunakan. Berdasarkan teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan menguasai kecekapan verbal. Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang sudah dibacanya.         
Untuk memahami proses membaca, kita perlulah terlebih dahulu meninjau teori-teori membaca. Terdapat tiga teori utama dalam proses membaca. Teori-teori itu adalah seperti yang berikut:
         Teori psikologi
         Teori kognitif
         Teori linguistik






TEORI PSIKOLOGI
Ø  Dalam teori psikologi terdapat model behavioris yang berkaitan dengan proses membaca. Menurut model ini, semua pembelajaran melibatkan proses pembentukan tabiat atau kebiasaan melalui hubungan antara rangsangan dan tindak balas.
Ø  Dalam bidang bacaan, model ini boleh diaplikasikan kepada proses membaca. Untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlulah berlatih membaca daripada mengecam huruf diikuti mengecam perkataan. Model ini juga ada menyatakan selain mengecam perkataan, seseorang itu perlu mengetahui makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca. Sesuatu tingkah laku akan menjadi kebiasaan jika dibuat secara berulang kali. Kebolehan membaca juga akan menjadi bertambah baik jika dibuat secara berulang kali.






TEORI KOGNITIF
Ø  Ahli dalam teori kognitif ini merupakan ahli bahasa yang percaya bahawa perkembangan bahasa adalah sebahagian daripada proses perkembangan seseorang individu. Ahli teori ini berpendapat bahawa membaca adalah kemahiran kognitif yang kompleks. Teori ini beranggapan membaca sebagai mengumpul, memproses serta menggunakan maklumat dan tidak hanya bertindak balas terhadap bahan bacaan. Teori ini menolak anggapan bahawa kemahiran berbahasa boleh diperoleh melalui pembentukan kebiasaan atau tabiat melalui ikatan rangsangan dan tindak balas.



TEORI LINGUISTIK
Ø  Teori ini adalah teori bahasa yang mengatakan bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan kebolehan berbahasa yang diperoleh sejak lahir untuk mendapatkan pengetahuan daripada persekitarannya.
Ø  Teori ini mendefinisikan membaca sebagai proses psikolinguistik yang memperlihatkan makna diperoleh melalui hubungan media linguistik. Mengikut teori ini, membaca bukan sahaja satu proses mengatur huruf hingga menjadi perkataan dan rangkai kata kepada ayat, tetapi membaca sebenarnya adalah proses mendapatkan makna pada tahap dalaman.










1 comment:

  1. assalam. bole sertakan sekali footnote utk artikel di atas. jazakallah khairan kashiro

    ReplyDelete